Kaedah Kiraan Zakat Emas
* Emas Yang Disimpan
o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.
o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
* Emas Yang Dipakai
o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie.
Sebagai panduan,buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.
Kaedah Kiraan Zakat Emas * Emas Yang Disimpan o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika ema...

About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: